Secara amnya, ISO berfungsi meningkatkan sensitiviti sensor kamera terhadap cahaya ,berbanding dengan sistem filem, kita perlu menukar keseluruhan katrij ( 35mm ) mengikut ISO/ASA yang bersesuaian dengan situasi pengcahayaan sekitar.Gabungan ISO+Shutter speed+Aperture membentuk satu gabungan untuk mendapatkan dedahan (exposure) yang sempurna.Tetapi kelebihan penukaran ISO pada kamera digital mempunyai kontranya......Digital Noise.....cuba bandingkan kedua-dua gambar dibawah.Sila rujuk exif data pada gambar dimana penggunaan ISO yang rendah mempengaruhi kelajuan shutter dimana pada ISO 100 kelajuan shutternya 1/100 dan ISO 25,600 kelajuan shutternya 1/8000.Kesimpulannya, hanya gunakan ISO yang tinggi pada keadaan yang benar-benar perlu sahaja.Selamat berfoto.......
The APS-C lens landscape has changed
15 hours ago